Satu cadangan untuk menghubungkan kedai fizikal dengan kedai digital — supaya pasar lebih mudah ditemui, lebih mudah dihubungi dan lebih mudah diakses oleh customer melalui telefon, tanpa mengganggu urusan kedai fizikal.
Nota penting Ini adalah dokumen cadangan awal. Ia bukan keputusan muktamad dan masih perlu ditambah baik berdasarkan pandangan peniaga, pengurusan dan hasil survey.
LINKNIAGA ONLINE · MASTER PLANNING00
01 · MINI SURVEY
Sebelum kita bina apa-apa, saya nak dengar dulu cerita rakan-rakan peniaga
Sebelum kita pilih sistem, saya nak tahu dulu keadaan sebenar bisnes rakan-rakan peniaga. Survey ni ringkas dan jawapan terus masuk ke WhatsApp saya. Dari situ baru kita boleh nampak apa yang betul-betul perlu dibuat.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL01
02 · KENAPA SEKARANG
Kenapa kedai digital ni makin penting untuk kita sebagai peniaga?
Sekarang customer bukan semestinya terus datang ke pasar. Ramai cari dulu di Google, WhatsApp, Facebook, TikTok atau tanya orang. Sebab itu kita cadangkan setiap kedai fizikal ada sambungan kepada kedai digital — supaya customer boleh cari dan kenal kedai kita secara online, tanpa mengganggu urusan kedai fizikal yang sedia berjalan.
Customer nak cepatLokasi, produk, waktu buka dan nombor WhatsApp kena senang jumpa.
Produk kita kena mudah ditemuiKalau orang tak tahu kita jual benda tu, macam mana dia nak beli?
Persaingan bukan lagi kedai sebelah sajaCustomer sekarang boleh tengok banyak pilihan dalam beberapa saat.
WhatsApp dah jadi pintu jualanWebsite tak perlu buang WhatsApp. Kita guna website sebagai jalan supaya customer sampai ke WhatsApp dengan lebih kemas.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL02
03 · PLATS & CADANGAN KITA
PLATS dah ada. Jadi kenapa kita cadangkan platform khusus pasar?
Soalan ni memang patut ditanya. PLATS ialah platform promosi dan direktori digital yang dibangunkan untuk membantu peniaga mikro di Selangor masuk ke dunia digital. Jadi cadangan kita bukan nak lawan atau gantikan PLATS.
PLATSFokus lebih luas di peringkat Selangor — promosi dan direktori digital untuk peniaga.
Platform Pasar ModenCadangan yang lebih khusus kepada customer yang nak cari peniaga, produk dan cara berhubung dalam pasar ini.
Kita bukan buat benda samaKita bina satu “pintu digital” untuk pasar: direktori → profil kedai → produk → WhatsApp → SmartOrder jika perlu.
Boleh berjalan seiringKalau peniaga sudah ada PLATS, kita tidak perlu buang. Kita boleh anggap platform ini sebagai lapisan tambahan yang fokus kepada pengalaman customer.
Paling penting: Ini masih cadangan awal. Fungsi sebenar, cara kerjasama dan skop perlu kita bincang dengan peniaga serta pihak pengurusan sebelum apa-apa keputusan dibuat.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL03
04 · REALITI PENIAGA
Sebenarnya ramai peniaga dah berniaga online
WhatsApp ada. Facebook ada. TikTok mungkin ada. Tapi maklumat kedai, produk, lokasi dan cara nak order kadang-kadang bersepah. Customer kena cari sendiri.
Gambar adaTapi customer kena scroll jauh atau tanya semula.
WhatsApp adaTapi nombor atau cara nak mula bertanya tak semestinya jelas.
Lokasi adaTapi customer belum tentu tahu kedai mana nak pergi.
Produk adaTapi tak ada satu tempat yang susun semuanya dengan jelas.
Idea asas Jangan paksa peniaga belajar sistem yang rumit. Kita bina satu pintu digital yang memudahkan customer sampai kepada peniaga.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL04
05 · KONSEP
Satu pintu digital untuk seluruh pasar
Idea dia mudah: pasar ada satu direktori, setiap peniaga ada halaman sendiri, dan customer boleh terus tengok, tanya atau order.
01SCAN QR / CARI DI GOOGLE
02LIHAT DIREKTORI
03PILIH PENIAGA
04WHATSAPP / ORDER
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL05
06 · DIREKTORI
Direktori Pasar: tempat customer mula mencari
QR di pintu utama atau bahan promosi boleh bawa customer ke satu tempat yang kumpulkan peniaga yang menyertai.
Cari nama kedaiCustomer tak perlu hafal nombor lot dulu.
Cari ikut kategoriContoh: ayam, ikan, sayur, makanan, kuih dan macam-macam lagi.
Cari ikut produkContohnya customer cari “ayam”, terus nampak peniaga yang berkaitan.
Terus ke peniagaTerus nampak lokasi, WhatsApp, SmartPage dan order kalau peniaga guna fungsi tu.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL06
07 · SMARTPAGE
Setiap peniaga ada “kedai digital” sendiri
SmartPage ialah sambungan daripada kedai fizikal kita kepada kedai digital. Ia menjadi satu tempat untuk customer kenal kedai, tengok produk, semak maklumat dan terus hubungi kita — tanpa perlu mengubah atau mengganggu urusan kedai fizikal yang kita jalankan setiap hari.
CONTOH ALAMAT DIGITAL
pasarmodensekyen6.com/kedaibuahhjsalleh
Contoh sahaja. Nama domain dan struktur sebenar masih perlu diputuskan bersama.
Profil kedaiNama kedai, lokasi, waktu buka dan penerangan ringkas.
Produk yang kita jualGambar dan penerangan yang senang tengok dari telefon.
Terus hubungiWhatsApp dan Maps senang dicapai.
Boleh tambah kemudianKalau nanti perlukan order online, SmartOrder boleh ditambah.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL07
08 · HARGA & STOK
Harga tak semestinya kena letak harga tetap
Untuk barang pasar yang harga berubah ikut bekalan, saiz atau gred, kita tak perlu paksa letak satu harga yang mungkin esok dah berubah.
“Tanya Harga Hari Ini”Customer klik dan terus buka WhatsApp dengan mesej yang dah siap disusun.
“Semak Harga & Stok”Sesuai bila stok dan bekalan berubah-ubah.
Harga bermula dariKalau tauke nak bagi customer gambaran harga saja.
Tauke tetap pegang kuasaTauke sendiri tentukan harga, stok dan cara jualan.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL08
09 · QR KEDAI
QR setiap kedai: customer terus jumpa kedai kita
Setiap peniaga yang join boleh ada QR sendiri. Letak depan kedai, bunting, kad nama atau apa-apa bahan promosi.
Contoh perjalanan customer Customer scan QR → buka halaman peniaga → lihat produk → tekan “Tanya Harga” → WhatsApp peniaga.
Contoh bunting QR untuk setiap kedai. Reka bentuk dan saiz masih boleh diubah ikut keperluan pasar.
QR ni sebenarnya jambatan antara kedai fizikal kita dengan customer yang pegang telefon.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL09
10 · WHATSAPP
WhatsApp kekal. Kita tak buang cara lama yang dah biasa
Tak perlu belajar benda pelik-pelik. Sistem cuma kemaskan perjalanan customer sebelum dia masuk WhatsApp kita.
Customer pilih produkMaklumat asas dah ada sebelum mesej dihantar.
Mesej lebih tersusunContoh: “Boss, saya nak semak harga 5kg ayam. Ada stok hari ni?”
Tauke sahkanHarga dan stok masih tauke yang sahkan sebelum order diproses.
Kurang ulang-alikCustomer masuk WhatsApp dengan soalan yang lebih jelas.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL10
11 · SMARTORDER
SmartOrder bukan wajib untuk semua
Tak semua kedai perlu terus guna sistem order. Kita boleh mula dengan SmartPage dulu, kemudian tambah SmartOrder kalau memang perlu.
1SMARTPAGE SAHAJA
2SMARTPAGE + ORDER
3PICKUP / DELIVERY
4DATA & PENAMBAHBAIKAN
Prinsip Mulakan mudah. Tambah fungsi hanya apabila ia benar-benar menyelesaikan masalah peniaga.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL11
12 · DELIVERY
Pickup, runner atau delivery pihak ketiga
Delivery kita buat ikut kemampuan dan keperluan. Awal-awal boleh fokus pickup atau guna servis penghantaran yang sesuai.
PickupCustomer order dahulu dan ambil di pasar.
Runner pasarKalau komuniti ada runner sendiri, itu boleh jadi satu pilihan.
Servis luarContohnya servis penghantaran yang dipilih oleh tauke atau customer.
Kemudian, kalau sesuaiKita boleh kaji penghantaran berkelompok untuk beberapa kedai sekali jalan — tapi hanya kalau operasi memang sesuai.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL12
13 · PILOT
Kita test dulu — jangan terus bina besar
Pada saya, cara paling selamat ialah mula dengan beberapa tauke yang memang nak cuba.
015–10 PENIAGA
02QR + SMARTPAGE
03WHATSAPP / ORDER
04UKUR & BAIKI
Dari pilot ni kita boleh nampak apa yang customer guna, apa yang tauke perlukan dan mana yang sebenarnya menyusahkan.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL13
14 · UKUR
Macam mana kita tahu benda ni betul-betul berguna?
Bukan sebab website dah siap terus kira berjaya. Kita tengok sama ada customer dan tauke betul-betul guna.
QR ScanBerapa ramai customer scan dan buka halaman kedai?
WhatsApp ClickBerapa banyak WhatsApp masuk melalui halaman digital?
OrderKalau guna SmartOrder, berapa order yang masuk?
Maklum balasApa yang tauke dan customer kata perlu kita baiki?
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL14
15 · SKOP
Apa yang kita cadang buat dulu — dan apa yang belum perlu
Kita sengaja mula kecil supaya kos, kerja dan proses belajar tak jadi terlalu berat.
Buat duluDirektori, SmartPage, QR, WhatsApp, Maps dan pilot.
Tambah kemudianSmartOrder, aliran delivery, rekod customer dan promosi.
Tak perlu kejar duluApp khas, marketplace kompleks, stok real-time dan sistem pembayaran yang rumit.
PrinsipJangan bina benda sebab nampak canggih. Bina sebab ia memang selesaikan masalah.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL15
16 · TANGGUNGJAWAB
Siapa buat apa?
PeniagaBagi maklumat yang betul, kemas kini produk/harga dan layan customer.
LinkNiagaSediakan platform, halaman, QR dan baiki sistem berdasarkan feedback.
CustomerDapat cara yang lebih mudah untuk cari dan hubungi peniaga.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL16
17 · MODEL KOMERSIAL
Harga dan cara penyertaan kita bincang lepas kita faham keadaan sebenar
Harga dan cara penyertaan dalam dokumen ni bukan harga/keputusan muktamad. Kita kena tengok jumlah peniaga, kerja sebenar, onboarding dan siapa buat apa dulu.
SmartPageCadangan asas: RM159/tahun — tapi masih boleh berubah ikut skop sebenar.
SmartOrderBoleh jadi pilihan tambahan untuk tauke yang memang perlukan sistem order.
PilotBoleh test dengan kumpulan kecil dulu.
Partner komunitiKalau ada wakil komuniti yang bantu koordinasi, cara kerjasama boleh dibincangkan.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL17
18 · ROADMAP
Lepas test, baru kita besarkan kalau memang berbaloi
FASA 1DISCOVERY Survey + temubual
FASA 2PILOT 5–10 peniaga
FASA 3TEST QR + customer journey
FASA 4SCALE Tambah peniaga & fungsi
Hasil yang dicari Satu model yang boleh diulang untuk pasar, food court, pasar tani atau komuniti peniaga lain jika terbukti berkesan.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL18
19 · PRINSIP
Ini bukan nak ubah cara tauke berniaga
Tauke tetap pegang harga, stok, produk dan cara berniaga. Teknologi ni cuma jadi jambatan supaya customer lebih senang jumpa kita.
Prinsip utama “Saya bukan nak ubah cara tauke berniaga. Saya cuma nak mudahkan customer cari tauke.”
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL19
20 · STATUS DOKUMEN
Cadangan ni masih terbuka — kita boleh ubah dan baiki
Dokumen ni cuma cadangan awal. Baca, komen, tegur dan bagi idea — lagi banyak pandangan, lagi baik kita boleh susun.
Bukan keputusan muktamadStruktur, fungsi dan kos masih boleh berubah.
Bukan janji jualan terus naikSaya tak mahu janji website terus buat jualan naik. Kita cuma bina peluang dan laluan yang lebih mudah untuk customer jumpa kita.
Maklum balas rakan-rakan peniaga memang diperlukanSurvey dan perbincangan tauke akan bantu tentukan apa yang patut kita ubah.
Bina berdasarkan masalah sebenarKita bina berdasarkan masalah sebenar, bukan main agak-agak.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL20
21 · LANGKAH SETERUSNYA
Apa yang saya perlukan daripada rakan-rakan peniaga sekarang
Tak perlu terus buat keputusan. Baca sampai habis dulu. Kalau ada yang rasa cadangan ini sesuai dan mahu dibincangkan, barulah tinggalkan maklumat di bahagian paling akhir.
Cuba sendiri: pilih buah, tanya harga semasa, terus ke WhatsApp
Ini contoh ringkas bagaimana customer boleh menggunakan halaman peniaga. Untuk produk segar, harga boleh berubah. Jadi customer pilih dahulu, kemudian tanya harga dan stok semasa terus kepada peniaga.
CONTOH DEMO
Kedai Buah Hj Salleh
Contoh halaman digital. Harga di bawah hanyalah range anggaran untuk menunjukkan konsep.
1. Pilih buah yang ingin ditanya
Boleh pilih beberapa jenis dan kuantiti. Tak perlu terus bayar.
2. Nombor WhatsApp untuk menerima demo
Peniaga boleh masukkan nombor WhatsApp sendiri. Bila dihantar, mesej demo akan dibuka terus ke nombor tersebut. Nombor ini tidak disimpan oleh halaman demo.
3. Maklumat pelanggan
4. Cara ambil barang
5. Hantar pertanyaan
Anggaran keseluruhanRM0.00
Status hargaPerlu pengesahan peniaga
Apa yang peniaga akan terima? WhatsApp akan dibuka dengan mesej yang sudah tersusun: senarai buah, kuantiti, nama pelanggan, nombor WhatsApp, cara ambil dan catatan.
Konsep Smart Pasar
Customer tidak semestinya perlukan harga tetap untuk produk segar. Platform boleh tunjuk range sebagai panduan, kemudian customer bertanya harga dan stok semasa terus kepada peniaga.
Peniaga tetap menentukan harga, stok dan cara jualan sendiri.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · DEMO KONSEP22
23 · SOALAN & PERTANYAAN
Ada apa-apa yang masih tak jelas? Tanya terus.
Tak semestinya semua orang akan terus faham bila baca presentation ni. Kalau ada soalan, cadangan, kebimbangan atau perkara yang nak dibincangkan, boleh tanya terus kepada admin.
Admin · Bob
WhatsApp: 011 7214 1436 Boleh tanya secara terbuka tentang cadangan platform, cara penyertaan, SmartPage, SmartOrder, QR, kos atau apa sahaja yang masih kurang jelas.
Ada persoalan atau perkara yang masih kurang jelas? Boleh maklumkan terus kepada kami. Penerangan dan cadangan ini memang terbuka untuk diperbaiki berdasarkan pandangan semua peniaga.
PASAR MODEN SEKSYEN 6 · CADANGAN AWAL23
24 · DAFTAR MINAT
Kalau selepas baca semua ni rasa sesuai, boleh tinggalkan maklumat
Bahagian ini memang saya letakkan paling akhir. Baca dulu cadangan dari awal sampai habis. Kalau rasa ada manfaat untuk kedai masing-masing, bolehlah tinggalkan maklumat ringkas dan saya hubungi semula melalui WhatsApp.
Perlu diingat: Daftar minat ini bukan pengesahan pembelian. Ia cuma membantu saya kenal pasti peniaga yang berminat untuk dibincangkan dalam fasa seterusnya.
Masih ada persoalan?
Tak perlu terus daftar kalau masih tak pasti. Boleh tanya terus kepada Admin Bob · 011 7214 1436.